Perbezaan paling ketara peranti iPhone 5 ini berbanding iPhone4S ialah ianya lebih besar dengan skrin sebesar 4 inci walaupun Steve Jobs pernah mengatakan yang dia tidak suka iPhone yang berskrin besar, rekaan speaker baru serta bahagian belakang buatan aluminium yang sangat unik. Selain daripada itu pemproses A6 digunakan dimana menurut Apple dua kali ganda lebih laju dari A5 yang digunakan di dalam peranti sebelumnya. Tiada peningkatan dari segi RAM mahupun kamera kali ini. Selain skrin port mengecas 30 pin digantikan dengan pengecas lebih kecil yang dipanggil lightning. Tapi sekarang masih belum ada khabar peranti Apple ini akan sampai ke Malaysia. Jika ada sudi share bersama admin di @ottel
Sumber Gambar : Apple