Pandai Sangat Pun Susah, Soo Wincci Diganggu Lelaki Gatal Di Instagram

Hiburan

Pandai Sangat Pun Susah, Soo Wincci Diganggu Lelaki Gatal Di Instagram

Model dan juga pelakon jelita, Dr. Soo Wincci tampil menceritakan pengalamannya diganggu lelaki gatal di media sosialnya, semalam.

soo wincci
3 years ago

'Fikiran Zaman Sekarang Bukan Macam Dulu..' - Soo Wincci Bahas Pendapat Prof Muhaya

Advertisement

Kata Wincci, ada beberapa individu telah mencuba nasih untuk menjadikannya sebagai isteri dengan mengirimkan kata-kata manis ataupun ‘pick-up line’ kepadanya di Instagram.

Antara kata-kata pikat yang dilontarkan individu tersebut seperti “Itulah yang i cari, ibu kepada anak i. Bila dia lahir dia ada seorang ibu yang hebat macam you..” dan pelbagai lagi.

Namun, Wincci yang tidak senang dengan perlakuan itu telah menempelak individu-individu dan memberi nasihat agar tidak memandang wanita sebagai ‘barang’ yang boleh dijual beli.

Wincci dalam pada itu  meminta agar mereka yang cuba-cuba untuk ‘mengorat’ dirinya agar berhenti kerana dia tidak suka akan perkara tersebut.

Terdahulu, Wincci yang baru sahaja berusia 35 tahun kini sedang meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol.

Dia yang juga merupakan bekas Miss World Malaysia 2008 pernah mengakui bahawa dirinya  masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...