“Pandai-Pandai Bagi Nombor Suami Pada Perempuan..” – Pelakon Fida Ibrahim Label Dua Individu ‘Bulldozer’ Kacau Rumah Tangganya

Hiburan

“Pandai-Pandai Bagi Nombor Suami Pada Perempuan..” – Pelakon Fida Ibrahim Label Dua Individu ‘Bulldozer’ Kacau Rumah Tangganya

Di tengah hangatnya kontroversi penyondol rumah tangga ini, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim turut berkongsi cerita yang tak kalah mengeramkan. Meskipun akui hubungan dengan suami masih berada dalam keadaan yang baik, namun masih ada gangguan yang sempat mengoyahkan rumah tangganya.

Hantaran ini dimuat naik di Instagram story miliknya yang menceritakan tentang dua orang lelaki yang dilabel bulldozer kerana sering menganggu ketenteramannya sejak kebelakangan ini. Seorang terdiri dari ahli keluarganya sendiri dan seorang lagi merupakan ‘sahabat’ kepada suaminya.

Advertisement

Yang family seorang ini datang rumah dalam keadaan pakaian saya tak proper tak bagitahu walaupun mahram dan bukan aurat tapi saya tetap tak selesa.

Yang seorang lagi ini pulak acah-acah terpaling kawan dengan suami saya. Baru-baru ini pandai-pandai bagi nombor suami saya kepada kawan perempuan dia tanpa minta izin.

faridaSumber : Instagram  

Luah aktres ini lagi, dia tidak berpuas hati selepas mendapat tahu nombor suaminya diberikan kepada orang asing begitu sahaja atas tujuan individu tersebut ingin bertanya sesuatu yang luar bidang suaminya.

Ekoran kenyataan tersebut, dia turut menyatakan bahawa kedua-dua individu tersebut dianggap tidak mempunyai adab dan mendatangkan masalah dalam perihal rumah tangganya.

nazir razak
5 months ago

"T20 Pun Ada 'Penyondol'" - Bapa Kahwin Lain, Luahan Anak Nazir Razak Undang Pelbagai Respon Daripada Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...