“Pandai Bersukan, Pandai Berlakon, Kacak Pulak”, Peminat Wanita Kagum Dengan KJ

Trending

“Pandai Bersukan, Pandai Berlakon, Kacak Pulak”, Peminat Wanita Kagum Dengan KJ

Siapa yang tidak mengenali Khairy Jamaluddin yang menjadi perhatian dan idola anak muda. Beliau juga terkenal dengan gelaran ‘Tall, Dark, Handsome’.

KJ bukanlah seorang selebriti tetapi populariti yang dikecapinya sekarang ini setaraf dengan barisan artis yang ada di Malaysia.

Advertisement

Bukan sahaja seorang yang gemar dan hebat dalam sukan, malah KJ juga pernah berlakon dalam beberapa babak iklan sebelum ini. Menarik kan?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa KJ pernah berlakon menjadi pemandu teksi, penjual ayam percik, bangla kutip sampah dan kali ini jadi tukang masak pula.

Sempena sambutan tahun baru Cina, beliau tampil berbeza dan menjayakan sebuah video pendek bersama anaknya.

Rata-rata netizen yang melihat ternyata memuji bakat terpendam KJ yang berbakat dalam lakonan.

Ramai yang berpendapat KJ sememangnya menteri yang berjiwa rakyat, mudah didekati dan disenangi warga Malaysia.

Mungkin suatu hari nanti KJ menceburkan diri dalam industri lakonan secara serius? Hehe.

Sumber: Instagram KJ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...