Pancing Duit Cara Mudah Di Internet, Wanita Ini Dedah Cara Terbaru Scammer. Hati-Hati!

Trending

Pancing Duit Cara Mudah Di Internet, Wanita Ini Dedah Cara Terbaru Scammer. Hati-Hati!

Seorang pengguna Facebook telah mendedahkan satu teknik terbaru seorang scammer di media sosial Facebook yang licik “memancing duit” menggunakan kaedah penyamaran akaun.

Advertisement

Difahamkan, scammer tersebut membuat satu akaun palsu menyerupai seseorang yang dikenali mangsa di Facebook sebelum menjalankan kegiatannya.

Lebih mengejutkan akaun palsu itu turut membuat posting status, gambar dan lain-lain menyerupai pemilik akaun original.

Selepas sampai satu tahap, scammer itu mula memancing wang mudah dengan memberi mesej kepada target yang menyatakan kononnya dia memerlukan wang segera untuk kegunaan kecemasan.

“Assalammualaikum. Ni nak bagi tau ni, kalau ade orang inbox macam ni  jangan tertipu okay? (Dia) cakap nak kene cepat, jalan jem.”

“Ni acc fake (akaun palsu) tau. Nama, gambar semua sama je. Nampak macam betul, siap update status same jugak tau. Lepas tu bile call tu. keluar suara lelaki. Lepas transfer je, dia block terus”, tulis mangsa, yang juga dipercayai seorang ejen produk.

Beserta pendedahan itu, mangsa juga turut memuat naik keratan perbualan sebagai bukti kejadian.

Keratan perbualan itu mengejutkan, kerana scammer tersebut menggunakan bahasa seperti sayang, dan juga perkataan-perkataan manis untuk meyakinkan lagi si mangsa.

Setelah dilihat laman Facebook pemilik akaun original, ternyata dia juga tidak tahu menahu tentang perkara ini, malah berkongsi nasihat pada mangsa dan mengkritik tindakan scammer terbabit.

Dibahagian komen posting pemilik asal itu, rupa-rupanya ramai lagi yang sudah pun dimesej oleh akaun palsu itu bagi meminta duit.

Selain itu, scammer terbabit dilihat turut menggunakan beberapa akaun palsu lain untuk menipu mangsa-mangsanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...