Panasonic Jepun Henti Kerjasama Dengan Huawei, Kuatkuasa Sekatan AS

Teknologi

Panasonic Jepun Henti Kerjasama Dengan Huawei, Kuatkuasa Sekatan AS

Panasonic yang berpengkalan di Jepun berkata hari ini yang ia menggantung semua urusan dengan Huawei setelah sekatan Amerika Syarikat terhadap firma teknologi China itu diumumkan, dalam satu lagi ‘pukulan’ buatnya. Jurucakap Panasonic memberitahu AFP:

Kami telah menghentikan semua kerjasama perniagaan dengan Huawei dan 68 buah syarikat kumpulannya, yang tertakluk pada sekatan kerajaan AS.

Advertisement

Semalam, arahan dalaman untuk menguatkuasakan sepenuhnya sekatan itu telah dikeluarkan.

Dia menambah, bahawa perniagaan Panasonic dengan Huawei melibatkan pembekalan ‘alatan elektronik’. – amazingnara.com via AFP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...