Panasonic yang berpengkalan di Jepun berkata hari ini yang ia menggantung semua urusan dengan Huawei setelah sekatan Amerika Syarikat terhadap firma teknologi China itu diumumkan, dalam satu lagi ‘pukulan’ buatnya. Jurucakap Panasonic memberitahu AFP:
Kami telah menghentikan semua kerjasama perniagaan dengan Huawei dan 68 buah syarikat kumpulannya, yang tertakluk pada sekatan kerajaan AS.
AdvertisementSemalam, arahan dalaman untuk menguatkuasakan sepenuhnya sekatan itu telah dikeluarkan.
Dia menambah, bahawa perniagaan Panasonic dengan Huawei melibatkan pembekalan ‘alatan elektronik’. – amazingnara.com via AFP