Panasonic EH-NA98 Dwi Mineral & nanoe™ Bukan Pengering Rambut Biasa-Biasa, Berikan Penjagaan Menyeluruh Untuk Rambut, Kulit Kepala Dan Juga Wajah Anda

Hiburan

Panasonic EH-NA98 Dwi Mineral & nanoe™ Bukan Pengering Rambut Biasa-Biasa, Berikan Penjagaan Menyeluruh Untuk Rambut, Kulit Kepala Dan Juga Wajah Anda

Rambut merupakan mahkota kaum wanita dan tentu sekali ia memerlukan penjagaan rapi agar sentiasa kelihatan sihat dan cantik.  Namun, tidak ramai yang mempunyai masa untuk menetapkan satu rutin bagi penjagaan rambut.

Advertisement

Sebenarnya tidak susah untuk menguruskan rambut anda, tidak perlu conditioner ataupun apa-apa produk lain. Gunakan sahaja pengering rambut. Mesti ramai yang terkejut, “Eh, kenapa pula pengering rambut, suhu panas kan boleh rosakkan rambut.”  Tunggu dulu, jangan panik ye.

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini syarikat terkemuka dari Jepun, Panasonic telah memperkenalkan pengering rambut, Panasonic EH-NA98. Bukan sekadar pengering rambut biasa-biasa, Panasonic EH-NA98 dilengkapi teknologi canggih Dwi Mineral & nanoe™ yang memberikan penjagaan menyeluruh untuk rambut, kulit kepala dan juga wajah anda.

Kelebihan Dwi Mineral & nanoe™

nanoe™ mengandungi 1,000 kali ganda kelembapan ion yang mampu meresap ke dalam rambut serta kulit kepala dan juga mencegah elektrik statik untuk rambut yang lebih terurus, cantik dan sihat.

Dwi Mineral pula bantu mengetatkan kutikel serta mengurangkan lagi kerosakan rambut akibat daripada pergeresan berus serta pendedahan kepada cahaya matahari dan sinaran UV.

Gabungan kedua-dua teknologi ini membuatkan rambut anda lebih sihat, bersinar dan terurus.

Dilengkapi dengan pelbagai pilihan mod mengikut keperluan, pengering rambut Panasonic EH-NA98 akan membantu anda untuk mendapatkan dandanan rambut lebih cantik serta eksklusif seperti dihasilkan oleh hairstylist profesional. Barulah lebih anggun dan boleh feeling macam model ataupun artis.

Mod Penjagaan Kulit

Meningkatkan kelembapan kulit wajah, gunakan mod ini selama 1 minit selepas mengeringkan rambut.

Mod Angin Panas-Sejuk Bersilih Ganti

Mod ini secara automatik akan mengganti aliran udara antara udara panas dan udara dingin. Merapikan rambut yang kusut dan menjadikannya lebih berkilau.

Mod Kawalan Suhu Pintar

Sensor pintar ini akan mengukur suhu udara di sekitar dan menentukan aliran udara yang sesuai untuk pengeringan.

Rekaan unik Quick-dry Nozzle pada Panasonic EH-NA98 akan menghasilkan aliran udara yang kuat tetapi masih lembut dan selesa untuk pengeringan cepat.

Mempunyai kualiti yang terbaik serta direka untuk keselesaan pengguna, Panasonic EH-NA98 tidak dinafikan mempunyai kelasnya tersendiri. Pengering Rambut nanoe™ Panasonic telah terjual sebanyak 10 juta unit.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pengering Rambut EH-NA98 Dwi Mineral & nanoe™ Panasonic, sila layari laman web rasmi Panasonic Malaysia: www.panasonic.com.my.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...