October 9th, 2009

rasul melayu

Apa nak jadi ?
Apa nak jadi ?
Dah tua pun tak sedar diri
Rumah dah kata pergi ~
Kubur dah kata mari ~~
Insaf-insafkanlah diri ~~~
Apa nak jadi ~~~

Sumpah kami tak faham mengapa ada orang yang boleh terikut dengan ajaran Rasul Melayu palsu nie. Kalau cincang 14 badan kami nie pun, kami sanggup cakap sekali tengok muka si Haji Kahar tue pun dah tau pakcik tua tue muka menipu hundred percent. Dah la ajaran tue memang sesat barat punya, itupun ada orang boleh terpengaruh lagi. Agaknya masa sekolah dulu cikgu agama Islam dia cuti sepanjang tahun kot.

Yang terbaru nie artis wanita umur dah 50 tahun pun boleh terikut gak. Hari tue artis lelaki reggae. Paling tak boleh blah si artis pompuan nie siap ajak family member join gak tue. Mungkin konsep dia, alang-alang nak sesat, baik aku sesat ngan famili-famili aku sekali. Baru meriah gitu ~~

Nasihat kami kepada mereka-mereka yang terjumpa dengan orang yang mengajar ajaran-ajaran sesat nie, korang sekeh je kepala diorang. Bagi diorang sedar sikit. Orang-orang yang terpengaruh nie nak kata tak ada basic agama memang tak logik. Kami yakin dan pasti si Haji Kahar nie ada ilmu rahsia ala-ala David Copperfield. Itu yang dia boleh auta baik punya semua orang yang dia jumpa. Magik beb ~~

Di hari Jumaat ini, marilah kita muhasabahkan diri. Mana la tau dalam hati yakin betul takkan terpengaruh ngan Haji Kahar si Rasul Melayu nie. Kang tetiba dia muncul depan mata kita buat magik David Copperfield dia, mungkinkah akan bergetar hati kita? Renung-renungkan dan selamat beramal ~~

P.S: Kami dah transferkan duit pemenang contest kepada beberapa pemenang yang gunakan akaun Maybank. Semalam berhempas pula sampai keluar peluh jantan try transfer kepada akaun-akaun bank macam RHB dan CIMB tapi tak berjaya. Kalau ada akaun bank Maybank harap para pemenang boleh email kan balik akaun bank Maybank ye. Nak bagi duit nie ~~


Comments are closed.

Loading...