Ish,ish,ish. Sekali baca tajuk kat atas tue nampak macam betapa derhakanya Nasha Aziz kat ayah dia nie. Nie ayah betul tau. Ayah kandung. Bukannya ayah angkat ke, ayah sedara  ke, atau ayah Pin. Betul ke sampai hati si Nasha nie nak bergaduh ngan ayah dia kat mahkamah nie? Meh kami ceritakan apa yang terjadi sebenarnya.
#Sila baca dengan penuh penghayatan seperti membaca novel cinta Melayu
Suatu ketika dulu, selepas Nasha Aziz yang cun melecun ini dilahirkan di dunia, Nasha telah dibela oleh ayah saudaranya. Dari kecil sehinggalah besar panjang iaitu kira-kira selama 35 tahun, Aziz Hathim (nama bapa saudara Nasha) menatang Nasha seperti minyak yang penuh. Diberi kasih sayang, kemanjaan dan harta benda sehingga Nasha menjadi apa yang Nasha jadi sekarang ini.
Mengikut lumrah makhluk yang bergelar manusia, sudah tentulah Nasha memanggil pakciknya ini dengan gelaran ayah. Bersesuaian benar dengan pengorbanan dan curahan kasih sayang beliau terhadap Nasha. Malah sudah tentulah hubungan mereka benar-benar rapat kerana sejak kecil lagi dibela oleh Aziz Hathim. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan yang hubungan mereka berdua seperti ayah dan anak walaupun secara benarnya Aziz Hathim adalah ayah saudaranya. Nasha telah diserahkan kepada Aziz Hathim oleh ayah kandungnya, Abdul Aziz setelah bercerai dengan isterinya.
Sayugia apabila ayah saudaranya, Aziz Hathim meninggal dunia, Nasha Aziz telah pun menyatakan kesedihannya kerana kehilangan ayah. Memang benar Nasha telah menggunakan perkataan “ayah”nya telah meninggal sedangkan ayah kandungnya, Abdul Aziz masih segar bernyawa. Maka sebab itulah, Abdul Aziz, si ayah kandung ini kecewa dan berang kerana dia masih hidup tapi telah dikatakan mati. Malah mungkin Abdul Aziz kecewa kerana Nasha tidak mengiktiraf dirinya sebagai ayah kandung.
Kesimpulannya, adakah wajar Nasha berbuat begitu? Atau adakah ini over-acting si ayah kandung, Abdul Aziz? Maklumlah, dia tak menjaga Nasha langsung tapi masih malu apabila Nasha menyatakan “ayah”nya (pakcik saudara) telah meninggal dunia. Mungkin mahu menjaga nama baik nya kot. Maklumlah, Abdul Aziz nie seorang guru silat. Jadi ada reputasi yang perlu dijaga.
Jadi adakah anda faham situasi apa yang sedang berlaku sekarang ini? Kalau tak faham pun buat-buatlah faham. Memang agak complicated tapi rasanya masih boleh diselesaikan di luar mahkamah. Masalah kecik jer nie. Takkanlah sedarah sedaging pun sampai nak naik court. Malu wei ~~~~~~~
Kalau nak baca keratan akhbar kisah Nasha Aziz dan kontoversinya bersama ayah kandungnya, sila baca artikel ini sepenuhnya.
TERBARU Nasha terpaksa berhadapan dengan dakwaan Abdul Aziz Mohamad Ali (AA) bahawa dirinya adalah anak kandungnya, sekalipun Nasha, 35 sebelum ini pernah membuat pengakuan, bapanya sudah meninggal dunia.
Selain itu, Nasha turut mengakui, dia tidak dapat menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik pada malam Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) tahun lalu kerana dia perlu menghormati pemergian arwah bapanya, Aziz Hathim (AH) yang meninggal dunia Mei lalu.
Pun begitu, menerusi artikel yang disiarkan sebuah akhbar mingguan (bukan terbitan kumpulan Berita Harian Sdn Bhd) terbitan 16 Januari lalu, AA mendakwa banyak pihak yang tahu mengenai pertalian dirinya dengan Nasha termasuk keluarga dan kawan-kawan yang rapat dengannya.
Difahamkan, Nasha juga tahu hakikat sebenarnya bahawa AA adalah bapa kandungnya, manakala Allahyarham AH yang memeliharanya sejak kecil, dianggapnya seperti bapa sendiri, di samping Habibah Mohamad Ali (kakak AA), insan yang dipertanggungjawabkan memelihara Nasha selepas AA bercerai dengan isterinya, Mahanom Zainal kira-kira 30 tahun lalu.
AA menambah, apabila Nasha membuat kenyataan bahawa bapanya sudah meninggal dunia, semua orang terkejut dan menganggap yang meninggal dunia itu adalah dirinya, selain menimbulkan pelbagai spekulasi yang negatif terhadap dirinya dan keluarga.
Menurut AA lagi, sebagai bapa yang tidak pernah membela dan mendidik Nasha sejak lebih 30 tahun lalu, dia tidak menafikan pasti wujud jurang kasih sayang antara mereka, namun sebenarnya dia malu apabila mendakwa Nasha langsung tidak mahu mengaku bahawa ayah kandungnya masih hidup, di mana situasi itu seolah-olah memperlihatkan AA sengaja mereka-reka cerita.
Kenyataan Nasha juga memberi kesan negatif apabila AA mendakwa Nasha seolah-olah menidakkan kewujudan keluarga kandungnya, di mana secara tidak langsung membuatkan dia berasa kesal dan tersinggung.
Bagaimanapun AA memberi masa kepada Nasha untuk berfikir, seterusnya meminta maaf kepadanya dan ahli keluarga yang lain. Sebagai ayah kandung, AA cuma mahu Nasha mengakui dirinya sebagai bapa dan menjelaskan kepada umum bahawa dia masih hidup.
Justeru, peluang menemui Nasha pada majlis pelancaran dan tamat penggambaran filem Buli Balik arahan Afdlin Shauki, baru-baru ini, kesempatan yang ada bersamanya kira-kira 15 minit, digunakan untuk bertanya perkara berkenaan, walaupun penulis tahu Nasha pasti tidak selesa dengan pertanyaan yang bermotifkan peribadi itu.
Namun, dengan niat menjalankan tugas yang diamanahkan, selain menjernihkan keadaan, penulis berusaha memujuk Nasha memberikan komennya berhubung kenyataan AA, walaupun pada pertengahan temubual yang berlangsung di dalam keretanya, Nasha mendakwa penulis cuba ?enekan? dirinya dengan pelbagai soalan.
?aya tak berani nak komen banyak-banyak sebab tiba-tiba saja perkara itu berlaku… Apa yang saya cakap selama ini adalah realiti. Sebab tu saya susah nak komen lebih-lebih. Memang orang yang meninggal dunia tu, orang yang saya panggil ayah selama ini. Saya kenal dia (AH) sejak kecil hinggalah saya tahu apa itu dunia.
?pabila dia meninggal, takkan saya nak cakap dia tak meninggal. Kita kena kaji perkara ni, sebab tu saya tak nak cakap banyak-banyak, tak baguslah. Saya tahu dia ayah saya sebab dia yang membela saya, saya hidup dengan siapa selama 35 tahun ni? Saya panggil dia ayah.
?aya tak pernah nafikan, saya sebenarnya anak angkat. Orang semua tahu saya anak angkat. Apabila ayah saya meninggal (AH), saya cakaplah yang sebenarnya. Sekarang ni, saya cakap benda yang benar, tapi saya diminta bercakap benda yang tak benar.
?ejadian yang membuatkan dia (AA) membuat kenyataan apabila saya cakap ayah saya dah meninggal dunia. Habis tu saya nak cakap apa lagi? Dah saya panggil dia (AH) ayah. Saya tak nak fikir benda ni panjang-panjang lagi, tolonglah…
?su ini berlaku sebab saya cakap benda yang benar. Apabila saya cakap ayah saya meninggal, itu yang menimbulkan kemarahan orang. Bagaimanapun, kalau saya salah, saya minta maaf. Tapi, saya tak terlanjur kata, saya cakap benda yang betul!
?epada sesiapa yang terasa hati dengan apa yang saya cakap, semua sekali saya minta maaf. Tapi, apa yang saya cakap, perkara itu terjadi dalam hidup saya. Kisah benar dalam hidup saya. Ayah saya meninggal, itu yang saya cakap pada semua orang termasuk kenapa saya tak datang semasa FFM17, sebab ayah saya meninggal.
?enapa saya nak cakap ayah saya tak meninggal, apa kes! Cukup-cukuplah… Janganlah nak ?ucuk-cucuk? saya dengan pelbagai soalan lagi… Jangan over! Kenapa orang nak kecil hati apabila saya cakap benda yang benar?
?agi saya, sepatutnya tak ada sesiapa yang perlu rasa kecil hati apabila saya bercakap benda yang betul, perkara yang terjadi dalam hidup saya,? kata Nasha yang selepas itu terus bergegas ke Melaka kerana dia perlu menjayakan penggambaran sebuah drama bersiri terbitan TV Singapura.