December 14th, 2009

faizal af4 dah kawin

Susah betul kalau jadi artis popular nie. Nak kawin pun kena sorok-sorok takleh nak bagitau orang. Tapi apa-apa pun tahniah kepada Faizal AF4 yang sebenarnya dah kawin 10 bulan yang lalu. Secara kasarnya kiranya dia bernikah dalam bulan Februari 2009 yang lepas.

Dan tahniah sekali lagi kerana isteri Faizal AF4 dah mengandung 8 bulan. Rasanya mesti Faizal tengah berdebar-debar nak menunggu hari bergelar seorang ayah. Gambar isteri Faizal AF4 masih kami tak dapat jumpa. Khabarnya lepas isteri dia selamat beranak nanti, Faizal akan kenalkan isterinya kepada orang ramai.

Kami tak faham sebenarnya kenapa artis-artis Malaysia nie kalau bab kahwin ada jugak yang nak sorokkan. Bukan ke benda yang baik kena hebahkan? Kalau malu sebab tak leh buat kenduri grand-grand pun, just kenalkan isteri pun cukuplah. Nama pun artis, semestinya peminat nak amik tau perkembangan diri anda kan?

Kalau bagitau yang dah kawin, takdelah keluar gosip Faizal AF4 kena tangkap basah. Jangan la risau sangat populariti anda yang tak seberapa tue menurun. Rakyat Malaysia nie dah semakin open minded dah. Kalau berbakat, kami tetap akan sokong. Tak kiralah dah kawin ke, duda ke, janda ke atau dah ada anak 10. Tak gitu?

Apa-apa pun kepada Faizal AF4, tahniah kami ucapkan di atas perkahwinan dan berita bakal mendapat anak anda. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


Comments are closed.

Loading...