September 14th, 2009

erra fazira

Susah betul jadi artis popular macam Erra Fazira nie. Baru keluar kenyataan sikit tiba-tiba dah sampai surat saman kat rumah. Itulah yang terjadi bila Erra Fazira nak berhenti jadi duta kosmestik Ferra Kosmo Look. Belum sempat nak siasat apa sebenarnya status sebenarnya, tetiba syarikat Ferra Kosmo Look nie dah saman dulu Erra Fazira. Memang cekap, pantas dan laju.

Sebelum ini, Erra dan bekas rakan kongsinya pernah menjalankan usaha sama dengannya menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit di bawah jenama ‘Ferra Kosmo Look’.

Menurut Erra, walaupun telah lebih setahun menarik diri daripada usaha sama tersebut, namanya masih lagi dipergunakan syarikat terbabit.

Difahamkan Erra telah mengemukakan surat permohonan untuk menarik diri daripada kolaborasi tersebut namun hingga ke hari ini Erra masih belum mendapat hitam putih mengenai status permohonannya.

Tup-tup dah kena saman. Tapi Erra rileks ajer. Dia yakin dan tau dia tak bersalah. So nak takut apa kan? All the best to Erra Fazira. Jangan tetiba kena bayar saman time raya dah la. Kang takder duit nak bagi duit raya kat peminat.


Comments are closed.

Loading...