Kalau rasa lesu je kebelakangan ni, jangan risau bukan anda sorang je. Cuaca panas yang melampau ni buatkan kita senang hilang mood, fokus dan yang paling penting… hilang tenaga!
Dah minum air banyak kali pun masih rasa letih, lesu, mengantuk dan emosi naik turun.
Kalau korang mengalami situasi macam ni, korang mungkin sebenarnya sedang dehydrated, walaupun dah rasa macam minum air satu jag!
Jom kita bongkar kenapa hidrasi bukan sekadar “asal minum air je cukup” dan kenapa tubuh kita sebenarnya perlukan lebih dari sekadar air kosong.
Kenapa Minum Air Saja Tak Mencukupi?
Ramai fikir, minum 8 gelas air sehari dah cukup selamat. Tapi tahu tak, bila badan kita berpeluh lebih dari biasa (macam musim panas sekarang), kita bukan sekadar hilang air, tapi juga elektrolit.
Kehilangan hanya 2 peratus kandungan air dalam badan pun sudah cukup untuk menjejaskan keupayaan kita untuk fokus dan menyebabkan keletihan.
Walaupun jumlahnya nampak kecil, kekurangan cecair boleh memberi kesan besar kepada prestasi fizikal dan mental kita dalam pelbagai cara.
Apa tu elektrolit?
Elektrolit ialah mineral penting seperti natrium, kalium dan magnesium yang membantu badan berfungsi dengan lancar untuk mengawal suhu badan, elak kekejangan otot dan memastikan kita kekal fokus.
Kalau tak badan cukup elektrolit, air yang kita minum tu susah nak “diserap” dengan baik oleh badan. Tu yang minum air pun masih lesu.
Musim Panas Ekstrem, Risiko Dehidrasi Lebih Tinggi!
Cuaca sekarang bukan panas biasa-biasa. Walaupun korang duduk dalam rumah, pendingin hawa pun kadang-kadang rasa macam tak membantu.
Semua ni bukan drama, sebenarnya badan korang tengah minta tolong!
Hidrasi Dengan Pilihan Yang Lebih Efektif
Kalau korang rasa dah minum air secukupnya tapi badan masih lemau, cepat penat atau susah nak fokus mungkin badan korang perlukan lebih daripada sekadar air kosong.
Kadang-kadang, bila kita banyak berpeluh, badan kehilangan bukan saja air, tapi juga elektrolit penting yang bantu kekalkan tenaga dan kesegaran.
Tapi dalam masa yang sama, tak semua orang suka minuman manis berkalori tinggi, lebih-lebih lagi kalau tengah jaga makan atau on diet. Jadi, apa solusinya?
Inilah masa yang sesuai untuk korang cuba 100PLUS ZERO Peach terbaru!
Apa yang bestnya 100PLUS ZERO Peach?
–Tanpa gula, tanpa kalori – sesuai untuk yang jaga pemakanan, paling penting rasa yang padu, sama seperti 100PLUS original sejuk dan menyegarkan
–Ada elektrolit – elektrolit adalah mineral yang mengawal keseimbangan cecair dalam badan agar berfungsi dengan baik
–Perisa Peach yang ringan & menyegarkan – tak rasa muak!
Nak minum time kerja boleh, time rehat pun sedap. Nak ajak Mak Tok atau Abah join pun tak ada masalah sebab tak manis dan tak rasa ‘berat’. Confirm semua boleh enjoy dan kekal hidrat!
Minum Untuk Kekal Aktif, Bukan Tunggu Dahaga Baru Cari Air
Ramai antara kita tunggu sampai haus baru minum. Tapi sebenarnya itu tanda badan dah mula rasa kering. Jadi kenapa nak tunggu? Jadikan amalan hidrasi ni rutin, bukan reaksi.
Jadi, pastikan 100PLUS ZERO Peach sentiasa bersama korang sebab dengan rasa buah pic yang kuat dapat memberikan kesegaran dan tenaga tak kira masa bila cuaca terik atau dah start rasa lesu. Dapatkan sekarang dekat 7-Eleven sebelum terlambat.
Lepas ni, bila korang rasa emosi tak stabil, malas nak kerja atau badan lemah tak tahu kenapa…
…ingat, mungkin ia bukan masalah emosi, tapi tubuh korang tengah menjerit perlukan hidrasi. Mulakan langkah mudah dengan pilih minuman yang bantu badan pulih dengan cepat.
Jom kekal hidrat dengan 100PLUS ZERO Peach. Maklumat lanjut layari laman sesawang 100PLUS atau ikuti 100PLUS di Facebook dan Instagram.