[Panas] Rekod Dunia Makan Cili Bhut Jolokia Dalam Masa 2 Minit (Video)

Trending

[Panas] Rekod Dunia Makan Cili Bhut Jolokia Dalam Masa 2 Minit (Video)

Pernah dengar akan nama cili Bhut Jolokia? Mesti ramai yang tidak tahu akan kewujudan cili jenis ini. Cili ini merupakan salah satu cili yang terpedas di dunia. Kalau di ikutkan ranking cili terpedas di dunia, Bhut Jolokia menduduki tempat ke-7 dengan tahap kepedasan 1,042,000 SHU. Cili Carolina Reaper pula menduduki carta teratas dengan tahap kepedasan 2,200,000 SHU.

Advertisement

Baru-baru ini di Amerika Syarikat telah berlangsung cabaran untuk memakan cili Bhut Jolokia bagi mencipta rekod dunia Guinness. Kevin Strahle, seorang food fighter telah menyahut cabaran selama 2 minit ini. Rekod dicatatkan melalui berapa banyak/berat cili Bhut Jolokia yang berjaya di makan oleh beliau. Jom layan video cabaran Kevin itu di bawah.

Kevin telah berjaya mencatatkan rekod dunia dengan memakan 121.90 gram cili Bhut Jolokia dalam masa 2 minit. Seperti dapat di lihat di dalam video di atas, aksi ini tidak digalakkan di lakukan di rumah. Ini kerana mereka yang profesional sahaja akan dapat menghadapi cabaran ini. Sebelum ini pernah di laporkan beberapa orang pencabar amatur telah dikejarkan ke hospital ketika melakukan cabaran ini kerana badan mereka tidak dapat menerima akan kepedasan tahap maksima ini.

Admin tengok video ini pon lidah sendiri dah terasa pedas. Kepada mereka yang rasa tahan makan pedas tu mungkin boleh la mencuba cabaran ini, tapi kalau masuk hospital admin tak akan jamin ya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...