Seorang peguam, Nor Zabetha memberi pandangannya tentang tindakan isteri kepada ‘Abang Wiring’ yang menularkan tentang kecurangan suaminya itu.
Sebelum ini, wanita berkenaan telah menularkan tangkap layar mesej di antara suaminya dan guru wanita tersebut termasuklah rakaman berdurasi 1 minit di aplikasi TikTok yang memaparkan hubungan terlarang itu.
Tidak cukup dengan itu, rakaman yang memaparkan guru wanita itu meminta maaf ketika isteri ‘Abang Wiring’ tersebut bersemuka turut ditularkan.
Kata Nor Zabetha, segala mesej lucah dan video konfrontasi yang dimuat naik itu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan akan memberi kesan tidak baik kepada isteri ‘Abang Wiring’ itu.
Kalau di mahkamah, kumpulan yang konfrontasi dan memuatnaik video dan segala mesej kelucahan ini memang boleh diambil tindakan. Sama ada bawah kesalahan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuatnaik kandungan yang jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menganiaya dan menyakitkan hati orang lain.
Adakah tindakan menularkan kes disondol dan menyondol dalam kes ini dengan cara menularkan isi kandungan mesej yang berbentuk kelucahan dan memuatnaik video konfrontasi ini kalian rasakan betul?
Selayaknya wanita ini diadili begini? Dia memang perlu dimalukan pada umum seperti ini kerana kesalahannya? Adakah memang kes-kes melibatkan aib keluarga ini, wajar disajikan kepada umum untuk menghukum pihak tertentu?