“Panas, Keras, Lembik..Semua Saya Dah Pegang,” Cef Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Jadi Tukang Cuci Ketika Zaman Belajar

Hiburan

“Panas, Keras, Lembik..Semua Saya Dah Pegang,” Cef Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Jadi Tukang Cuci Ketika Zaman Belajar

Cef selebriti terkenal dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini ada membuka cerita mengenai pengalamannya bekerja sambil belajar ketika melanjutkan pelajaran di Wellington, New Zealand satu ketika dahulu.

Menganggap ianya sebagai sebuah pengalaman manis, Fazley memberitahu bahawa dia pernah bekerja sebagai tukang cuci demi mendapatkan wang saku tambahan ketika menuntut ilmu di Universiti Victoria, Wellington.

Advertisement

Selain tukang cuci, dia juga pernah menjadi penari kebudayaan apabila kurang duit belanja.

Meskipun begitu, tidak ramai kenalan Datuk Fazley mengetahui mengenai pekerjaan sambilannya itu kerana bimbang rakan-rakan enggan bersalaman dengannya kerana sentiasa bergelumang dengan najis manusia.

Dia berkongsikan pengalaman tersebut menerusi akaun Instagramnnya, baru-baru ini.’

“Maklumlah, bila orang mabuk, ada di antara mereka buang air atas lantai. Jadi tangan sayalah yang mengautnya untuk dimasukkan dalam mangkuk tandas. Ada yang panas, ada yang suam, ada yang keras, ada yang lembik, ada yang cair, ada yang berketul, semua saya dah pegang…”

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pandangan bahawa tiada apa yang perlu dimalukan dengan pekerjaan tersebut meskipun bermain dengan najis.

Sekadar info,  Datuk Fazley Yaakob merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Perniagaan di Universiti Victoria Wellington.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...