(PANAS)Akaun Facebook Adik Pengacara RTM Mungkin Telah Dihack

Hiburan

(PANAS)Akaun Facebook Adik Pengacara RTM Mungkin Telah Dihack

adik pengacara rtm

Semalam dalam entri gambar adik pengacara RTM yang disuperimpose memakai rantai salib, ramai yang komen kata yang si adik nie mengaku dalam Facebook dia yang memang dia sengaja pakai rantai tersebut.  Terus kami dengan pantasnya menjalankan intipan paparazi teknik tertinggi dan berjaya menjumpai komen Facebook yang dimaksudkan. Cuba korang tengok komen kat Facebook dia kat bawah tue. Nama dia Ninie Rahman.

Advertisement

adik pengacara rtm

Kita rewind dan dengar balik kata-kata akaknya, Suriani Rahman yang cakap gambar tersebut telah disuperimpose. Siap si adiknya sendiri terkejut dengan kewujudan gambar tersebut.

[note]Dia ada ramai rakan bukan Islam. Namun saya pasti dia tidak akan memakai rantai berkenaan semata-mata untuk mendapatkan perhatian atau terikut-ikut cara hidup rakannya. Malah Murni terkejut melihat gambar itu. Ini kerja orang yang menggunakan teknik pertindihan (super impose) seolah-olah kononnya dia memakai rantai itu.[/note]

Wahai pembaca-pembaca yang bijaksana, kesimpulannya di sini ialah Facebook si adik Suriani Rahman (Ninie Rahman) ini telah pun dihack, diupload gambar yang telah disuper impose, dan kemudian si hackers itu dengan bangganya telah mengkomen gambar yang diuploadkan. Memang gila hebat hackers nie. Kagum kami sebab dia sanggup perhabiskan masanya yang berharga untuk buat benda-benda nie.

Kepada Suriani sekeluarga, semoga tabah dengan cabaran dan dugaan ini. Dunia teknologi sekarang memang banyak hackers, super imposed dan pelbagai lagi. Diorang memang jahat!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...