Panama Dance telah menular di negara ini dan nampaknya ia menarik minat ramai pihak, antaranya penjawat awam beberapa agensi untuk membuat rakaman Panama Dance dan menularkannya di media sosial.
Namun begitu, Panama Dance telah diisytiharkan haram oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad. kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram. Ini mendorong pelakon Jasmin Hamid menulis mengenai double standards yang berlaku, kerana apabila ia dilakukan selebriti, ia pasti begitu mudah menerima kecaman Netizen.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jasmin dipercayai merujuk kepada kesilapan yang dibuat oleh Neelofa dan syarikatnya melancarkan koleksi tudung dalam sebuah kelab malam minggu lepas. Keputusan Neeloifa itu menerima kecaman hebat Netizen sehinggakan beberapa orang Mufti telah memberikan pandangan.
Bagi Jasmin ini satu petunjuk bahawa semua orang membuat kesilapan, oleh sebab itu, tidak perlu berlebihan dalam mencaci selebriti apabila mereka melakukan kesalahan.
Mungkin juga ada betulnya apa yang dikatakan Jasmin. Semua orang berbuat silap, jadi ada baiknya merujuk kepada mereka yang pakar sebelum menularkan sesuatu. Penjawat awam merupakan contoh kepada rakyat biasa, jadi rakyat mudah terpengaruh dan tambah menularkan sesuatu yang tidak pasti hukumnya dalam agama. – beautifulnara.com