“Pampers, Taska Dah RM1.3k” – Golongan Muda Malaysia Kini Memilih Untuk Kahwin Lambat Dan Punya Anak Sedikit

Kehidupan

“Pampers, Taska Dah RM1.3k” – Golongan Muda Malaysia Kini Memilih Untuk Kahwin Lambat Dan Punya Anak Sedikit

Satu perkongsian di Twitter baru-baru ini telah mencuri tumpuan apabila akaun berkenaan tampil membincangkan mengenai topik golongan muda masa kini yang lebih memilih untuk berkahwin lambat dan mempunyai anak sedikit.

Topik itu ternyata telah mencetuskan perdebatan orang ramai yang rata-ratanya bersetuju memandangkan zaman sekarang semua kos termasuklah mendirikan rumah tangga dan memiliki zuriat adalah tinggi.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, akaun tersebut menyatakan bahawa memiliki anak yang sedikit dan berkahwin lambat adalah ‘trend’ semata-mata dan menjadi ikutan anak-anak muda di negara yang membangun.

Berikutan itu, belia di Malaysia juga turut terpengaruh dengan ‘trend’ berkenaan.

Memetik Utusan Malaysia, ramai golongan muda di negara ini lebih menumpukan kepada kerjaya dan kestabilan kewangan berbanding perkahwinan serta…

…memiliki anak yang secara tidak langsung menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran di negara ini.

Netizen kemudiannya tampil memberi pandangan masing-masing mengenai isu tersebut.

twitterSumber : Twitter  

Trend apakah? Orang tak ada pilihan. Kalau anak jatuh sakit nak bagi ubat apa, makan tanah je ke?

Pampers susu RM400 sebulan, nursery RM700 dah RM1.3k? Makan mahal, sewa rumah lagi. Macam manalah nak mampu bela anak dalam keadaan ekonomi sekarang ni?

Selain itu, ada yang berpendapat golongan elit atau berkemampuan ini sering saja memberikan pendapat yang tak relevan selain dianggap tidak berpijak di bumi nyata mengenai situasi sebenar mengenai ekonomi di Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Genting skytropolis ditutup ride
2 years ago

“Kesian Yang Datang Dari Jauh” - 12 ‘Rides’ Genting Skytropolis Tak Beroperasi, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...