Pamer Foto ‘Tease’ Penggambaran Drama Terbaru, Peminat Tak Sabar Tunggu Hasil Lakonan Que Haidar Di Kaca TV

Hiburan

Pamer Foto ‘Tease’ Penggambaran Drama Terbaru, Peminat Tak Sabar Tunggu Hasil Lakonan Que Haidar Di Kaca TV

Meskipun kita jarang sekali melihat pelakon Que Haidar beraksi di pentas lakonan, namun peminat sentiasa menantikan drama atau filem yang dibintangi aktor ini kerana hasil lakonannya pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati para penonton.

Terkini, Que Haidar bakal muncul dalam telemovie khas bertajuk ‘Pencipta Pegang Waktu’ yang akan disiarkan pada Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba nanti.

Advertisement

View this post on Instagram

Alhamdulillah selesai proses penggambaran ‘Pencipta Pegang Waktu’ #penciptapegangwaktu

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

Menariknya, penampilan Que Haidar juga berbeza daripada biasa apabila rambutnya seperti sudah dipotong pendek dalam gambar penggambaran babak telemovie berkenaan.

Dia yang berkongsi foto-foto tersebut di laman instagram miliknya telah dihujani dengan komen netizen yang telah meletakkan harapan tinggi terhadap hasil akhir filem berkenaan.

Selain Que Haidar, antara nama besar lain yang turut membintangi telemovie berkenaan adalah barisan pelakon berbakat, Ogy Ahmad Daud, Khir Rahman, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...