Palsukan Dokumen Suntikan Vaksin Untuk Umrah & Haji, KKM Akan Siasat Dakwaan

Trending

Palsukan Dokumen Suntikan Vaksin Untuk Umrah & Haji, KKM Akan Siasat Dakwaan

Menunaikan haji dan umrah adalah satu ibadah yang amat dituntut oleh Islam. Salah satu syarat wajib sebelum terbang ke Mekah adalah mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan penyakit berjangkit. Ia adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Namun, baru-baru ini tular dakwaan segelintir jemaah haji yang terlebih ‘bijak’ dan bekerjasama dengan doktor untuk memalsukan dokumen suntikan vaksin tersebut.

haji
Memandang serius hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal menyiasat dakwaan tersebut. Sekiranya ia benar-benar terjadi, doktor yang terbabit akan dikenakan tindakan serius. Kata Timbalan menterinya, Dr Lee Boon Chye:-

Advertisement

Kami memandang serius hal ini kerana vaksin ini memang diberikan oleh doktor dan (menjadi) tanggungjawab mereka (doktor) memberikan vaksin itu. Apabila doktor menandatangani dokumen tersebut (borang vaksin jemaah haji), ini menunjukkan bahawa dia yang memberikan vaksin. Ini adalah perkara yang serius, pemalsuan dokumen oleh doktor adalah sentiasa dianggap perkara yang serius

Agak pelik juga dengan segelintir orang kita yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan tidak perlu disuntik dengan vaksin. Iyerlah, nak pergi haji/umrah untuk melakukan ibadah, namun awal-awal lagi dah menipu. Macam mana nak dapat keberkatan? Diharap gejala ini dapat dibendung dengan segera sebelum merebak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...