Kecoh semalam di platform media sosial tentang berita kononnya pihak Balai Cerap Melaka berkata umat Islam bakal menyambut bulan Syawal awal sehari dari tarikh yang ditetapkan seperti sedia ada di dalam kalendar.
Perkara ini dibangkitkan kerana syarat kenampakkan Hilal pada tahun ini mengikut format baharu dan seluruh umat Islam diminta untuk menyiapkan diri menyambut Aidilfitri pada tarikh 2 Mei.
Walau bagaimanapun, berita terbabit telah disangkal sendiri oleh Balai Cerap Al-Khawarizmi dan berkata seluruh umat Islam masih akan tetap menyambut Aidilfitiri pada tarikh seperti sedia ada di kalendar.
Sedar berita itu telah menular di setiap platform media sosial, agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) iaitu Balai Cerap Al-Khawarizmi menyatakan berita itu adalah palsu.
Di dalam hantaran terbabit, mereka turut memberitahu segala pemakluman awal itu tidak benar sehingga keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.