Paling Tinggi Dalam Sejarah, Amerika Syarikat Catat 70,000 Kes COVID-19 Dalam Masa 24 Jam

COVID-19

Paling Tinggi Dalam Sejarah, Amerika Syarikat Catat 70,000 Kes COVID-19 Dalam Masa 24 Jam

Dr Anthony Fauci, pakar penyakit berjangkit utama Amerika Syarikat sebelum ini telah memberi amaran AS mampu mencapai lebih 100,000 kes dalam masa sehari. Ini semua sekiranya rakyat AS masih lagi tidak mengambil serius langkah-langkah yang diperlukan untuk menghentikan penyebaran virus ini.

AS kini memecahkan rekod hariannya apabila melaporkan lebih dari 77,000 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Manakala jumlah kematian dalam masa 24 jam meningkat hampir 1,000 dengan 969 kes yang merupakan peningkatan terbesar sejak 10 Jun lalu. Sementara itu, Florida, Carolina Selatan dan Texas melaporkan kenaikan harian terbesar mereka semalam.

Advertisement

Kawasan yang paling teruk dilanda wabak ini iaitu Texas dan Arizona dilaporkan kehabisan tempat untuk menyimpan mayat apabila bilik mayat mereka semuanya sudah dipenuhi. Jumlah kematian mula memuncak pada bulan April dengan 2,000 kematian sehari seterusnya menurun kepada 1,300 sehari dan pada Jun menurun kepada 800 kematian sehari.

amerika syarikat

Tetapi jumlah kematian dilaporkan kembali meningkat semula pada bulan Julai ini. Sikap rakyat AS yang berpecah-belah dalam isu-isu seperti pembukaan sekolah dan pemakaian topeng muka menghalang usaha memerangi virus ini.

Jumlah keseluruhan 77,217 kes melebihi rekod sebelumnya apabila kes meningkat kepada 69,070. Pada bulan Jun, kes meningkat rata-rata 28,000 sehari manakala bulan Julai, ia meningkat rata-rata 57,625 sehari.

Setakat semalam sahaja, Texas melaporkan lebih dari 15,000 kes harian baru, sementara Florida melaporkan hampir 14,000 kes baru dan California hampir 10,000 kes. Sebelum ini, pembukaan semula Disney World di Florida yang merupakan kawasan paling teruk terjejas turut menyaksikan tiket habis dijual untuk bulan Julai.

Artikel berkaitan: Pembukaan Semula Disney World Dianggap Seperti Mimpi Ngeri Buat Rakyat Amerika Syarikat

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...