Menerusi hantaran di Instagram, Nurul Shuhada Mat Shukri, isteri kepada Hafidz Roshdi memberi bayangan seolah-olah anak pertama mereka, Humairah terpaksa menjalani rawatan psikiatri kanak-kanak.
Berkongsi foto Humairah dengan caption meminta orang ramai mendoakan anaknya itu, Shu juga turut meletakkan tanda pagar #childpsychiatry.
Menurut Shu, Humairah sangat terkesan dengan konflik rumah tangganya bersama Hafidz Roshdi baru-baru ini kerana menjadi saksi kejadian yang berlaku.
Malah, Shu sendiri menjawab komen seorang individu yang bertanya tentang keadaan anaknya berusia 5 tahun itu dan memaklumkan anaknya sudah faham dengan apa yang dilihat.
Rata-rata netizen di ruangan komen bersimpati dengan Humairah dan mendoakan agar segala urusan dipermudah serta berharap dia tidak trauma dengan apa yang berlaku.