“Paling Sakit Rindu Pada Orang Yang Dah Tiada” – Luahan Ibu Adik Zayn Rayyan Undang Sebak, Ramai Turut Menangis

Trending

“Paling Sakit Rindu Pada Orang Yang Dah Tiada” – Luahan Ibu Adik Zayn Rayyan Undang Sebak, Ramai Turut Menangis

Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik yang maut dipercayai akibat dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, sering berkongsi kenangannya dengan arwah.

Menerusi akaun Instagram, Ismanira sering memuat naik foto arwah anak sulungnya itu dan terbaru, dia meluahkan perasaan terlalu rindu terhadap kanak-kanak berkenaan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izz Manaf (@izzmanaf)

Pada masa yang sama, Ismanira turut berkongsi penulisan di Instagram story menyatakan rindu pada orang yang sudah tiada sangat menyakitkan.

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada.

zayn rayyan

Setiap kali wanita berusia 28 tahun itu berkongsi foto lama dan meluahkan perasaannya di atas pemergian Zayn Rayyan ia pasti mengundang sebak ramai warganet.

Rata-ratanya mendoakan agar keadilan dapat ditegakkan dan pelaku yang kini sedang diburu pihak polis akan tertangkap jua akhirnya.

Ramai yang akui berasa sebak apabila melihat foto, menonton video malah membaca berita sekali pun membuatkan mereka menangis teringatkan arwah Zayn Rayyan.

zayn
1 year ago

"Proses Mengesan Bukti Masih Giat Dijalankan.." - KP Selangor Dedah Perkembangan Terkini Kes Pembunuhan Zayn Rayyan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...