Selepas kejayaan konsert KRU baru-baru ini, syarikat penganjur Icon Entertainment mengumumkan penganjuran konsert Elite pula.
Dalam sidang media yang diadakan semalam, pengasas Icon Entertainment, Iman Tang mengumumkan Konsert Elite Live ’25 bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 September depan.
Konsert itu akan menggabungkan semula lima anggota asal Elite iaitu Azza, Shasha Saidin, Abby Abadi, Watie Sadali dan Linda Rafar. Harga tiket juga turut diumumkan semalam iaitu bermula dari RM268 untuk dua area berbeza, RM588 dan RM1088 (Meet & Greet).
Bagaimanapun, sesetengah netizen terkejut dengan harga tiket konsert tersebut dan menganggap terlalu mahal untuk kumpulan yang sudah lama tidak aktif di pentas nyanyian.
Menerusi ruangan komen di Instagram, ada yang meluahkan pendapat bahawa tiket tersebut mahal meskipun kumpulan Elite sudah ditubuhkan sejak 1995 lagi.
Segelintir netizen berasa kurang yakin dengan kemampuan Elite menjayakan konsert kerana sudah berpuluh tahun tidak membuat persembahan apatah lagi mereka tersingkir awal pada Gegar Vaganza sebelum ini.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, segelintir netizen berharap agar harga tiket yang akan dibeli peminat mereka berbaloi dengan apa yang akan dipersembahkan ketika konsert nanti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.