Paling Membahagiakan Bila Allah SWT Temukan Saya Dengan Jodoh Dunia Akhirat – Ucapan “Sweet” Penuh Cinta Fattah Amin Buat Fazura

Hiburan

Paling Membahagiakan Bila Allah SWT Temukan Saya Dengan Jodoh Dunia Akhirat – Ucapan “Sweet” Penuh Cinta Fattah Amin Buat Fazura

Belakon bersama  dalam drama Hero Seorang Cinderella kemudian bercinta dan berkahwin, kisah Fattah Amin dan Fazura ibarat “fairytale” buat peminat yang selalu menginginkan artis pujaan mereka yang bergandingan dalam drama bersatu di alam nyata.

Advertisement

Walaubagaimanapun, jodoh itu adalah rahsia Allah SWT dan segala yang berlaku adalah ketentuan takdir yang sudah tertulis buat pasangan sensasi ini.

Tahun 2017 merupakan tahun yang cukup bertuah buat Fattah bukan sahaja daripada segi kerjaya tetapi kehidupan peribadinya juga. Menerusi akaun Instagram beliau, Fattah memuat naik satu ucapan penghargaan buat semua pihak yang menyokong beliau selama ini termasuk ibu bapa, keluarga, rakan dan tentu sekali buat isteri beliau yang tercinta, Fazura.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas peluang untuk melalui tahun baru sekali lagi. So many things happened in 2017 sehinggakan saya tak dapat gambarkan betapa bertuahnya saya untuk tahun 2017! Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana banyak perkara yang telah saya belajar dan juga temui ramai orang-orang yang cukup banyak membantu saya menjadi seorang yang lebih baik bukan sahaja sebagai seorang artis, tapi juga sebagai seorang insan.

First and foremost, saya nak ucapkan terima kasih to all my beloved family, wife and fans yang tak jemu-jemu menyokong saya. Berkat dan hasil dari sokongan anda semua, saya telah berjaya memenangi beberapa anugerah utama tahun lepas. Dari Anugerah ABPBH, Meletop, Anugerah Buku Negara – semua ini dan banyak lagi tidak akan menjadi kenyataan tanpa anda semua.

 

Paling membahagiakan saya ialah Allah telah menemukan saya dengan jodoh dunia akhirat, jodoh yang terbaik untuk saya, @missfazura. We are not perfect, but our love for each other makes up for our imperfection.

Saya sangat bersyukur kerana ditakdirkan dapat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang ayu namun berani, seorang wanita yang anggun namun bersahaja, seorang wanita yang lemah lembut namun cekal. Saya sangat berterima kasih dan terharu atas semua #doayangbaikbaik banyak pihak sehingga kami dipertemukan.

In these first few days of 2018, saya doakan semoga kita semua agar dikurniakan rezeki, kebahagiaan dunia akhirat dan daya usaha untuk terus lebih maju sepanjang tahun ini. Smart people think, Brave people talk, Great people act. Have a fantastic year ahead and may we all stay in the blessing of Allah in everything we do!

Terserlah rasa cinta Fattah buat Fazura kan? Semoga mereka kekal bahagia begini sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Instagram Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...