“Paling Bodoh!”, TMJ Tempelak Undang-Undang FAM

Trending

“Paling Bodoh!”, TMJ Tempelak Undang-Undang FAM

TMJ-JDT-Rawangpost

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih untuk menganggotai JDT II dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Advertisement


Menurut TMJ, seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya professionalnya sendiri selepas program Harimau Muda dibubarkan.

TMJ juga menyifatkan peraturan yang ada pada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan bekas pemain Harimau Muda untuk kembali ke negeri asal sebagai tidak relevan.

Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka,” kata Tunku Ismail sebagaimana lapor Astro Awani.

Sebelum ini, KLFA turut menegaskan akan menuntut Hafiy dan dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.

Selain itu, TMJ juga berkata dia masih lagi tetap belum berpuas hati dengan aksi pra musim JDT dan pertemuan telah pun diadakan dengan pengendali pasukan Mario Gomez.

TMJ juga berkata dia tidak menolak kemungkinan akan melakukan rombakan.

Saya telah berbincang dengan Mario, terdapat beberapa perkara akan kita ubah,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...