“Paling Bang*ng…” – Lelaki Bengang Pusat Sains Negara Hanya Terima ‘Cash’ Untuk Beli Tiket, ATM Langsung Tak Ada

Kehidupan

“Paling Bang*ng…” – Lelaki Bengang Pusat Sains Negara Hanya Terima ‘Cash’ Untuk Beli Tiket, ATM Langsung Tak Ada

Dalam dunia yang serba moden, melakukan transaksi secara cashless adalah sesuatu yang common kerana majoriti mula tidak selesa membawa wang tunai yang banyak ketika berada di luar.

Akan tetapi, tidak semua vendor menerima pembayaran menggunakan kad atau atas talian seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki di Twitter baru-baru ini.

Advertisement

Lelaki tersebut menyatakan kekesalan apabila dia pergi ke Pusat Sains Negara tetapi pembelian tiket hanya diterima secara tunai.

Menceritakan lebih lanjut, pengguna itu menyatakan bahawa dia tidak membawa cash yang banyak ketika berada di tempat tersebut.

Selain itu, apa yang lebih menyakitkan hatinya apabila tempat berkenaan tidak mempunyai mesin ATM untuk memudahkan pengunjung yang datang.

Lelaki itu turut membandingkan Pusat Sains Negara dengan pasar malam yang menyediakan cara pembayaran lebih canggih seperti pembayaran menggunakan QRPAY.

Walau bagaimanapun, di akhir ciapannya, dia mengakui bahawa tempat berikut sememangnya seronok untuk dikunjung kerana mempunyai pelbagai aktiviti yang membantu kanak-kanak untuk belajar.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

duit yang dipakai bukan palsu
3 years ago

"Duit Tu Betul!" - Dituduh Bagi Duit Palsu, Siti Jamumall Bayar Barang Dapur Orang Lain Pakai 'Cash

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...