Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan bahawa dia bakal mengadakan sebuah konsert mega untuk peminatnya pada bulan Mac 2024.
Difahamkan, tiket konsert tersebut habis dijual pada hari pertama penjualan dek sambutan hangat peminat.
Namun, ada pula yang mempersoalkan keperluan penyanyi lagu Cindai itu mengadakan konsert di saat saudara Islam di Palestin sedang berperang dan bertarung nyawa.
Ini berikutan penyanyi itu yang secara terbuka menyatakan sokongan padu terhadap negara bergolak itu sebelum ini.
Kata seorang individu ini, umat Islam di Palestin sedang berperang dan tidak patut Siti mengadakan konsert selain meminta penyanyi itu untuk menangguhkannya terlebih dahulu.
Maklum dengan pertanyaan itu, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid ini tampil memberikan respon dengan tenang dan baik.
Kena check anjuran siapa dan apa fungsi yayasan ini untuk bantu sedara kita. InsyaAllah saya dah fikir segalanya.
Individu itu kemudian meminta maaf atas kritikannya itu dan turut mendoakan agar konsert tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.
Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membangunkan Yayasan Nurjiwa di mana mereka telah membina sebuah tadika dan sekolah di Palestin untuk kegunaan anak-anak di sana.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.