Melalui akaun TikTok yang dimiliki oleh Shafiq Amzah iaitu abang kepada Syada Amzah, dia ada memuat naik satu hantaran status memberi ‘pesanan’ kepada kakaknya, Shila Amzah.
Bahkan, dalam hantaran tersebut, dia turut menyelar netizen yang terlalu memihak kepada kakaknya dalam konflik keluarga sekarang ini.
Shafiq berpendapat bahawa kebanyakkan pengguna media sosial cepat membuat andaian sendiri biarpun tidak tahu dengan kisah yang benar.
Ramai betul yang palatau! Jangan bongkak sangat kat dunia ni wahai Shila Amzah.
Lelaki tersebut turut sempat menasihati penyanyi wanita itu agar tidak sombong dan angkuh hingga enggan memohon maaf kepada ibu sendiri.
Sebelum ini, Syada Amzah memuat naik status di Instagram mengatakan terdapat orang tidak dikenali datang ke rumah untuk melihat kediaman mereka.