Paksa Pesakit ‘Discharge’ Sebab Tiada Katil Murah, Lelaki Kesal Hospital Swasta ‘Pilih Bulu’ – “Medical Card Tak Cukup Mahal”

Kehidupan

Paksa Pesakit ‘Discharge’ Sebab Tiada Katil Murah, Lelaki Kesal Hospital Swasta ‘Pilih Bulu’ – “Medical Card Tak Cukup Mahal”

Seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap layanan sebuah hospital swasta yang didakwa ‘pilih bulu’ kerana polisi insurans miliknya hanya melayakkan dia dan isteri diberi katil murah berbanding premium.

Gara-gara itu, isteri lelaki berkenaan disuruh mendaftar keluar kerana tiada katil disediakan dan hanya bilik premium masih mempunyai kekosongan.

Advertisement

Saya diberitahu berdasarkan medical card isteri saya, isteri saya hanya layak untuk katil dengan harga RM150 (4 bedded) dan tidak ada kosong tetapi bilik premium yang berharga RM650 masih ada kosong.

Kalau saya setuju, saya perlu tanggung kos tersebut, jika tidak, perlu tunggu bilik biasa kosong atau isteri saya perlu keluar dulu dari wad.

Malah, apa yang lebih dikesalkan apabila pihak hospital memaksa dia untuk mengeluarkan isteri pada jam 2 pagi sedangkan pesakit masih dalam unit kecemasan hanya disebabkan tiada katil.

Saya berkeras, kalau isteri saya keluar sekarang, keselamatan dia tak terjamin. Korang bayangkan tengah malam suruh pesakit keluar, alasan katil murah tak ada, yang mahal je ada. Saya buat keputusan untuk tunggu sampai pagi dan jumpa doktor pakar.

Ujar lelaki itu lagi, hampir terjadi pergaduhan apabila pihak hospital mendesaknya untuk membawa isteri keluar dan dia juga telah diberikan bil sebanyak RM850 dan perlu dibayar ‘on the spot’.

Komen TikTOkSumber : TikTok  

Berikutan tragedi itu, lelaki berkenaan meminta orang ramai di luar sana untuk membeli insurans yang lebih mahal agar tidak mengalami situasi menjengkelkan seperti itu.

Saya tak tahulah hospital sekarang ni dia jual perkhidmatan kesihatan ke atau pilih bulu. Lain kali korang nak beli insurans, beli yang mahal sikit.

Difahamkan, lelaki itu diminta untuk hadir ke hospital swasta yang berlokasi di Ampang berkenaan setelah dinasihati oleh doktor dari Larkin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

belasah guru tadika
9 months ago

(VIDEO) Kes Dera Anak Di Taska, Ibu Ayah Datang Sekolah 'Tibai' Pengasuh -"Dah Jadi Kes Lain Pulak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...