Satu surat arahan telah dikeluarkan oleh satu Universiti terhadap pelajar mereka supaya mengikuti satu perhimpunan yang dijalankan oleh satu badan politik.
Tindakan ini dikecam oleh pengguna media sosial kerana tindakan berikut tidak berintegriti. Ia juga dikatakan bertentangan dengan kerelaan mereka sendiri. Pelajar sepatutnya diberikan pilihan untuk pergi atau tidak tetapi tindakan mereka yang mewajibkan semua pelajar menyertai adalah tidak wajar.
Netizen juga mengangap ini tindakan yang tidak adil. Bila perhimpunan yang melibatkan pihak pembangkang, ia menjadi satu kesalahan, malahan pelajar yang terlibat akan diambil tindakan.