Paksa Diri Masuk Ke Rumah Usang, Jejaka Arab Dihantui Pelbagai Adegan Misteri

Trending

Paksa Diri Masuk Ke Rumah Usang, Jejaka Arab Dihantui Pelbagai Adegan Misteri

Seakan berani memaksa diri memasuki sebuah rumah usang yang telah lama ditinggalkan tanpa berpenghuni, seorang jejaka dari “timur tengah” khabarnya menyelinap masuk ke kediaman berkenaan untuk menghalau makhluk halus yang berada di situ.

Sebagaimana video yang dikongsi seorang netizen di laman Facebook Gebriel Lozano, lelaki berkenaan dilihat tidak lekang melafazkan kalimah-kalimah Allah SWT sepanjang berada di dalam rumah berkenaan.

Advertisement

Tidak kurang juga, individu terbabit dilihat bagai tidak henti-henti dihantui pelbagai adegan misteri ketika bertandang ke rumah tinggalan tersebut.

Satu persatu gangguan jelas kelihatan selepas beliau memasuki ke bahagian dapur rumah berkenaan.

Biarpun agak cemas, menerusi video yang kini telah mencecah lebih 700,000 jumlah tontonan itu, dapat digambarkan bahawa perasaan beraninya sangat membuak-buak kerana beliau dilihat enggan terus beredar dan bertindak ke bahagian lain sambil melontarkan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang perjalanannya dari satu sudut ke satu sudut teratak itu.

Lebih mengejutkan, selain diasak dengan kejadian pintu terbuka dan tertutup sendiri, beliau juga tidak terlepas dijamah aksi kerusi bergerak tanpa sebarang sentuhan fizikal manusia.

Terkejut dengan insiden itu, beliau khabarnya mengambil keputusan untuk beredar, namun apabila menoleh ke belakang, kerusi tersebut telah bergerak ke suatu sudut yang lain sama seperti babak seram di dalam sesebuah filem.

Menjengah ke ruangan komen, entri berkenaan seperti tiada noktah menerima komen daripada warganet. Malah, wujud juga dalam kalangan mereka tampil berkongsi kisah misteri yang pernah dilalui mereka sebelum ini.

Sehingga kini, video yang kian tular itu dikatakan telah meraih lebih 21,000 tanda suka di platform berkenaan.

Sumber: FB Gebriel Lozano

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...