Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang bernilai RM250 billion bagi meringankan beban rakyat. Pelbagai inisiatif yang bakal diterima rakyat bermula permohonan yang boleh dilakukan pada hari ini.
Baca: (TERKINI) Ini Senarai Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Berjumlah RM250 billion
Tidak ketinggalan, Menteri Besar Selangor iaitu Dato’ Seri Amirudin Shari juga telah mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 1.0 untuk rakyat Selangor. Sebanyak 9 inisiatif bakal diterima yang dapat meringankan beban rakyat pada waktu kritikal akibat COVID-19 ini.
1. RM1.2 juta kepada petugas barisan hadapan
2. RM40 juta kepada penjaja dan peniaga berlesen
3. RM70 juta untuk usahawan Skim Hijrah Selangor
4. RM500 ribu kepada pelajar IPTA
5. RM600 ribu kepada peserta Skim Smart Sewa
6. RM1.68 juta had belanja Mesra Rakyat setiap DUN ditingkatkan
7. Tempoh akhir pembayaran cukai tanah dilanjutkan sebulan
8. Program makanan percuma mahasiswa/mahasiswi
9. Pengecualian sewa
Pada hari ini juga, Dato’ Seri Amirudin Shari dijangka bakal membentangkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 pada jam 3 petang ini. Pastinya inisiatif yang disampaikan oleh kerajaan Selangor ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat Selangor menghadapi penularan wabak ini.
Anda boleh ikuti siaran langsung pengumuman Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 di Facebook beliau.