Kisah seorang warga emas yang dilarang masuk ke dalam sebuah mall mendapat perhatian netizen apabila seorang wanita berkongsi kisah tersebut di akaun TikTok miliknya.
Wanita yang dikenali sebagai Fida Rosly menyedari seorang lelaki warga emas sedang berdiri di hadapan pintu masuk shooping mall yang tidak didedahkan lokasinya.
Menurutnya, warga emas berkenaan hanya tinggal seorang diri dan datang ke shooping mall dengan menaiki bas hanya untuk makan di kedai makan kegemarannya.
Dia tak sampai hati tengok pakcik itu hanya berdiri di hadapan pintu masuk dan mula berbincang dengan guard mall berkenaan. Namun, apa yang membuatnya terkilan ialah alasan yang diberi oleh guard itu tidak masuk akal.
“Guard cakap tak boleh masuk, takut dia jatuh so susahkan orang lain”
Walau bagaimanapun, dia cuba untuk berbincang secara baik dengan guard berkenaan dan akhirnya warga emas itu dibenarkan masuk.
Wanita itu juga bantu warga emas berkenaan untuk menulis nama dan periksa suhu badan sebelum masuk ke dalam mall. Dia juga turut membantu warga emas berkenaan di dalam lift dan adiknya sempat memberi sedikit wang belanja kepada warga emas berkenaan.
Tindakan mulia wanita berkenaan dipuji oleh warganet kerana mengambil berat dengan orang sekeliling terutamanya kepada golongan warga emas.
Semoga ramai lagi individu di luar sana yang peka dan prihatin dengan masyarakat sekeliling.