“Pakcik Botak Tu Bukan Gua..” Joe Flizzow ‘Trending’, Gara-Gara Serupa Lelaki Botak Dalam Video Tular

Hiburan

“Pakcik Botak Tu Bukan Gua..” Joe Flizzow ‘Trending’, Gara-Gara Serupa Lelaki Botak Dalam Video Tular

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow tampil membuat penafian apabila tular semalam sebuah video memaparkan lelaki bertindak ganas memecahkan cermin kereta dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah samun.

Ini berikutan wajah lelaki berkenaan dilihat serupa dengan penampilan Joe yang berkepala botak dan memakai cermin mata hitam yang sering digayakan penyanyi lagu Ciao tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)

Oleh disebabkan itu, ramai pengguna media sosial mengambil kesempatan membuat perbandingan antara Joe dan lelaki berkenaan sehingga menjadi ‘trending’ di media sosial terutamanya Twitter.

Berikutan itu, Joe dilihat telah membuat video pendek dan memuat naik di laman Twitternya sekadar untuk bergurau bersama peminat.

“Gua nak lu dengar, sekali je…pakcik botak tu bukan gua siot!” jelas Joe dalam video tersebut.

Advertisement

Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan empat orang lelaki bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dan memukul mangsa menggunakan kayu.

Susulan daripada kes tersebut, pihak polis telah menahan kesemua suspek tersebut dan disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyamun sehingga menyebabkan kecederaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...