Pakcik Azman: Kini Duta Produk Kesihatan

Hiburan

Pakcik Azman: Kini Duta Produk Kesihatan

Hari nie nak cerita pasal celebriti bukan artis. Cerita pasal Pakcik Azman..Ingat tak ? Nampaknya populariti Pakcik Azman semakin meningkat naik kebelakangan ini. Yelah semuanya bermula apabila satu Malaysia kecoh memperkatakan kes beliau dengan isteri seorang pemain bola sepak terkenal. Sejak dari itu, rasanya sentiasa ada sahaja orang yang ingin bergambar dengan beliau, termasuklah para artis. Oh ya! kan beliau dah berlakon dalam satu drama dah pun kan?

Advertisement

Berita terbaru yang kami dengar, Pakcik Azman kini dilantik menjadi DUTA kepada satu produk minuman kesihatan lelaki selama satu tahun, bermula Disember 2013. Menurut sumber,  produk minuman  kesihatan tersebut  adalah kopi berasaskan kepada Tongkat Ali & Tribulus Terrestrisi yang boleh dibeli secara online. Memang sesuailah sangat dengan tugas hakiki Pakcik Azman yang sentiasa memerlukan lebih tenaga. Makin pantaslah Pakcik Azman menghalang mereka yang suka meletakkan kenderaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan di tempat kerjanya. Hehe…

Dengar cerita, syarikat tersebut turut mempunyai rangkaian produk yang dikhususkan untuk golongan wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikkan. Dan dikatakan produk ini baru sahaja memasuki pasaran. Errm…produk apa yer..? Ada idea tak ?

Anyway, siapa sangkakan? Daripada nobody kepada somebody (publisiti) dan rezeki pun semakin bertambah.Tahniah kepada Pakcik Azman dan selamat maju jaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...