Pakcik Anak Yatim Piatu Mangsa DUKE Dakwa Difitnah, Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Trending

Pakcik Anak Yatim Piatu Mangsa DUKE Dakwa Difitnah, Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Pada 2 Mei 2015, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke. Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan.


 photo FAIZZNUR.jpg
Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Advertisement


Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 9, dan Nur Firuza Aqila; 5, bergelar anak yatim piatu.

Bagaimanapun, penjaga Amira dan Aqila,kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, tampil membuat pendedahan melalui satu sidang media bahawa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain telah melakukan pecah amanah.

Semasa kemalangan tersebut baru terjadi, nombor akaun bank Faizznur telah disebarkan supaya orang ramai yang ingin menderma boleh membuat sumbangan kepada dua kanak-kanak itu.


 photo Screen Shot 2016-10-19 at 11.01.52 AM.png

Namun begitu, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai kepada dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Faizznur juga, dalam bulan yang sama kutipan derma dilakukan, telah melangsungkan perkahwinan.


 photo Screen Shot 2016-10-19 at 11.02.07 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-19 at 11.02.21 AM.png
Lapor MyNewsHub, Faizznur yang sebelum ini menguar-uarkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga. Jelas Yusnida:

Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).

Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini.

Faizznur dikatakan memberi alasan tersebut setelah merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan:

Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini.

Yusnida menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang.

Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.

Selain itu, Yusnida turut membuat pendedahan bahawa ahli keluarga arwah Nova Safitri (ibu mereka) turut melakukan penipuan demi menuntut wang insurans arwah Fairuz Nizam.

Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringgit pun tidak dihantar untuk anak-anak ini.

Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun.

Berdasarkan kenyataan Yusnida, Faizznur malam tadi telah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook mendakwa difitnah dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Mufti Wilayah telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang diberitahu oleh Faizznur sebaliknya kenyataan itu telah dimanipulasi.


 photo Screen Shot 2016-10-19 at 10.47.43 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-19 at 10.47.58 AM.png
 photo Screen Shot 2016-10-19 at 10.48.08 AM.png
Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan Yusnida itu benar, namun jika benar, ia ialah sesuatu yang serius. Mengikut logik akal sekalipun, duit yang dimasukkan orang ramai ke akaun waris diniatkan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim tersebut, bukannya kepada pemegang akaun bank. Jadi mana mungkin Mufti Wilayah akan mengeluarkan kenyataan sebegitu, bukan? –amazingnara.com

Sumber: MyNewsHub, Joe Hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...