Dalam mencegah penularan wabak COVID-19, orang ramai kini giat menjaga kebersihan diri dengan menggunakan ‘hand sanitizer’ ketika di tempat awam. Tetapi di dalam keadaan yang sedang kritikal ini, stok untuk ‘hand sanitizer’ dan topeng muka dilihat semakin berkurangan.
Baca: Hanya Bermodalkan RM11 Sahaja Anda Boleh Buat Sendiri ‘Hand Sanitizer’ Dengan Dua Bahan Ini
Sehinggakan ada yang mengambil langkah membuat sendiri ‘hand sanitizer’ di rumah. Ramai yang begitu berminat untuk membuat ‘hand sanitizer’ sendiri lagi-lagi dalam keadaan seperti sekarang ini. Tetapi ada pakar yang memberitahu ianya memudaratkan?
Pertamanya, Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memberitahu membersihkan tangan menggunakan ‘hand sanitizer’ hanya jika tiada akses kepada air dan sabun. Kedua, pakar memberitahu bukan mudah untuk menghasilkan ‘hand sanitizer’ sendiri di rumah dengan ratio yang tepat.
Jika tidak mendapat ratio yang tepat, berkemungkinan ianya tida efektif atau kandungannya menjadi ‘terlalu kuat’ dari biasa.
Kunci untuk menghasilkan ‘hand sanitizer’ adalah dengan mendapatkan ratio yang tepat. CDC menyarankan menggunakan ‘hand sanitizer’ yang mempunyai 60% alkohol seperti kebanyakan yang dijual di pasaran. Di dalam kebanyakan resepi yang dikongsi, mereka menggunakan 91% atau 99% isopropyl alcohol (juga dikenali sebagai rubbing alcohol) dan aloe vera.
Untuk resepi ini, ianya menggunakan dua petiga rubbing alcohol dan satu pertiga cawan gel aloe vera. Berdasarkan resepi ini, kita tidak dapat mengawal bagaimana alkohol ini dicairkan apabila dihasilkan. Jika tidak menggunakan aloe vera yang mencukupi, akan menyebabkan tangan menjadi kering dan kulit merekah serta berdarah.
Tetapi jika tidak menggunakan alkohol yang mencukupi, ‘hand sanitizer’ yang digunakan ini tidak menjadi efektif dan berkesan menghapuskan kuman.
Ratio untuk kedua-dua bahan ini perlu seimbang untuk memastikan ianya efektif untuk menghapuskan kuman. Atau ianya menjadi satu pembaziran saja. Ianya bukan satu kerja yang mudah untuk pastikan bahan-bahan yang digunakan ini seimbang.
Selain itu, tidak digalakkan untuk mencampurkan sebarang wangian atau essential oil kerana ianya boleh menyebabkan alahan. Di dalam resepi DIY ‘hand sanitizer’ yang dikongsikan, kebanyakannya memasukkan wangian untuk menutup bau alkohol yang kuat.
Untuk langkah yang selamat, orang ramai dinasihatkan untuk mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air lebih kerap. Selain menggunakan ‘hand sanitizer’ yang mempunyai 60% kandungan alkohol seperti yang dijual di pasaran.