Pakar Sarankan Agar Semua Tidak Pulang Ke Kampung Dan Kekal Di Mana Anda Berada

Trending

Pakar Sarankan Agar Semua Tidak Pulang Ke Kampung Dan Kekal Di Mana Anda Berada

Ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor, Prof Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman dengan tegas menggesa orang ramai untuk tidak pulang ke kampung dan kekal berada di dalam rumah berdasarkan lokasi semasa masing-masing. Pesanan ini disampaikan ekoran Malaysia yang bakal berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Advertisement

Tegasnya lagi, orang ramai dinasihat untuk tidak pulang ke kampung dan mereka yang dari kampung pula dinasihatkan untuk tidak datang ke bandar. Untuk mengurangkan perjalanan, orang ramai diminta untuk kekal di mana mereka berada.

Dr. Adeeba

Prof Datuk Dr. adeeba Kamarulzaman

Beliau memberi pandangan orang ramai berkemungkinan mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan terhadap penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perutusan khas pada malam tadi mengumumkan bahawa kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang kian membimbangkan.

Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Ia meliputi enam perkara termasuklah penutupan sekolah, premis swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Walau bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka seperti biasa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...