Pakar Penerbangan Cetus Teori Apa Yang Berlaku Pada MH370, Sifatkan Kejadian Itu ‘Jenayah Sempurna’

Berita

Pakar Penerbangan Cetus Teori  Apa Yang Berlaku Pada MH370, Sifatkan Kejadian Itu ‘Jenayah Sempurna’

Pakar dan jurutera penerbangan Ismail Hammad mendakwa mengetahui apa yang berlaku kepada MH370 dan menyifatkan kehilangan pesawat tersebut pada 8 Mac 2014 sebagai “jenayah sempurna”

Ketua Jurutera Egyptair mendakwa MH370 terhempas di beberapa lokasi yang sangat terhad dan yakin dirinya mempunyai kunci penyelesaian yang menjimatkan wang dan masa bagi pencarian pesawat itu yang mendatangkan kesukaran kepada pihak berkuasa dan keluarga mangsa.

Advertisement

Berdasarkan semua teori yang ada, Ismail yakin seorang ‘perampas’ adalah dalang di sebalik kehilangan MH370 dan teka-teki sebenar adalah lokasi nahas selepas rancangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang.

Jika perampas itu mahu melakukan jenayah sempurna yang akan kekal menjadi misteri selama 100 tahun, dia perlu mendaratkan pesawat itu di salah satu landasan udara yang terbengkalai atau tasik dalam kepulauan Filipina yang berliku, terdiri daripada 7,641 pulau.

pesawat Malaysia Airlines

Landasan udara seperti itu terletak berhampiran laut, tasik atau paya dan bukannya terbang secara lurus hingga jatuh ke perairan di luar bandar Perth, di kawasan yang boleh dijangka melalui pengiraan kadar penggunaan bahan api.

 

Pesawat mungkin terhempas berhampiran Perth

Bagaimanapun, Ismail juga percaya kekurangan pengalaman perampas itu juga menunjukkan di mana pesawat itu mungkin terhempas dan turut menyatakan cabaran navigasi dari pantai Malaysia hingga ke kawasan selatan Lautan Hindi dan menjangkakan pesawat itu mungkin terhempas berhampiran Perth.

Sama ada juruterbang itu hanya menggunakan kompas atau mempunyai sistem GPS, mereka mungkin boleh menavigasi merentasi kepulauan Filipina jika mereka cukup arif dengan kawasan itu dan cahaya bandar-bandar di situ.

juruterbang di kendali pesawat

Tambahnya, seorang juruterbang saja tidak akan mampu terus mengendalikan pesawat sebesar B777-200 selama sembilan jam sejak berlepas sehingga hilang, termasuk tiga jam secara purata yang diperlukan untuk memeriksa keadaan pesawat dan dokumentasinya sebelum berlepas seperti yang ditetapkan dalam peraturan penerbangan.

Katanya, tanpa bantuan sistem pemanduan sendiri atau navigasi jika hanya bergantung kepada kompas magnetik pesawat, pencarian harus tertumpu dari Selat Melaka ke pantai Perth, mengambil kira semua tekanan itu.

lokasi mh370 ditemui
1 month ago

Berada Di Lautan Hindi, Saintis Dakwa Sudah Temui Lokasi Bangkai Pesawat MH370?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...