Pakar Masih Mencari Punca Untuk Menyokong Teori Jumlah Kematian Yang Rendah Di India

COVID-19

Pakar Masih Mencari Punca Untuk Menyokong Teori Jumlah Kematian Yang Rendah Di India

Sehingga semalam, India mencatatkan angka kematian akibat COVID-19 melepasi 1,000 kes dengan jumlah kenaikan kes harian yang tertinggi. Namun, jumlah ini masih dikira rendah jika dibandingkan dengan negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Ramai pakar  ‘bingung’ terhadap perkara ini.

India ketika ini mempunyai sistem kesihatan yang tidak kukuh ditambah pula dengan taburan kawasan penempatan yang kebanyakannya berada hampir dengan tempat pembuangan sampah. Pakar pada mulanya mempunyai kebimbangan India akan menurut jejak langkah negara Eropah dan AS yang dilanda wabak ini.

Advertisement

Keseluruhan kes kematian COVID-19 secara global telah meragut nyawa 214,000 mangsa.

ujian saringan

Terbaru jumlah korban COVID-19 di India mencatatkan kematian tertinggi iaitu seramai 73 orang. Namun keadaan atau bilangan sebenar masih belum dapat dipastikan.

Pelbagai faktor lain seperti kekurangan alat ujian, memungkinkan angka kematian rasmi yang dilaporkan adalah di bawah jumlah angka yang sebenar.

Setakat ini, India dikatakan berjaya menghindarkan negara mereka daripada menerima kesan dasyat COVID-19 seperti yang berlaku di New York, Milan dan beberapa negara lain yang terjejas teruk sekali.

polis India

Pakar mengemukan beberapa teori dan faktor namun belum ada penjelasan saintifik yang boleh menyokong teori tersebut. Kemungkinan pola wabak COVID-19 di India sangat berbeza dengan beberapa alasan yang belum dipastikan lagi. Ahli epidomologi di University of Toronto menyatakan kesemua alasan tersebut hanyalah sekadar teori buat masa sekarang.

Antara faktor yang memungkinkan kes kematian di India rendah, adalah pelaksanaan perintah berkurung terhadap 1.3 bilion rakyat India bermula 25 Mac lepas. Ketika itu, India hanya mencatatkan kes positif COVID-19 sebanyak 606 kes dengan 10 kes kematian sahaja. Perintah berkurung yang dijalankan di India dilakukan dengan ketat.

penduduk India

Kerajaan India melaksanakan perintah berkurung secara pantas kerana khuatir angka kes jangkitan boleh mencapai 100,000. Perkara lain yang turut dibincangkan oleh pakar ialah populasi generasi muda dan kesan positif vaksin tuberculosis BCG. Selain itu, kes demam denggi yang berlaku sejak puluhan tahun dahulu menyebabkan rakyat mempunyai sistem imun yang kuat.

Walau bagaimanapun, pakar masih menegaskan bahawa belum ada kenyataan yang sahih tentang gambaran tepat wabak yang melanda negara Asia Selatan ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...