Pakar : Generasi Muda Tidak Perlu Malu Untuk Menyewa Rumah

Trending

Pakar : Generasi Muda Tidak Perlu Malu Untuk Menyewa Rumah

Ia adalah satu perkara yang “OK” jika anda mahu menyewa berbanding untuk membeli rumah. Menurut Prem Kumar, pengarah eksekutif di Jones Lang Wootton, tidak perlu merasa malu untuk menyewa kerana ia adalah satu pilihan untuk mendapatkan fleksibiliti.

Advertisement

Mindset milenium zaman sekarang adalah untuk mempunyai hartanah (rumah) sebelum berumur 25 tahun. Tiada yang tidak kene dengan mindset sedemikian, namun pada peringkat umur yang muda ianya mungkin dapat membebankan, menurutnya lagi.

Kumar juga menambah lagi dengan menyatakan generasi muda sekarang banyak mendapat sokongan dari generasi tua. Bermakna generasi muda tidak perlu untuk mendapat pendapatan yang tinggi kerana mereka disokong oleh ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar.

Dengan kata lain, jika mereka tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah, mereka masih boleh lagi meminta bantuan daripada ibu bapa – dimana selalunya ibu bapa akan memberikan jawapan “ya”
berbanding “tidak”.

Menurut Kumar lagi, mindset supaya generasi muda perlu mendapatkan rumah pada usia yang muda perlu ditukar dan mereka juga patut diberi pilhan untuk membeli unit rumah harga rendah. (bagi mereka yang menyasar untuk membeli rumah mahal)

Apabila mereka sudah berusia sedikit dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan stabil,
boleh lah menaik taraf rumah kepada yang lebih baik.

Beliau juga menegaskan lagi bahawa begitu sukar untuk menukar mindset begini, kerana ianya sudah menjadi begitu kuat seperti sebuah budaya masyarakat di Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...