Pakar Fizik Terkenal Britain, Stephen Hawking Meninggal Dunia Di Usia 76 Tahun

Trending

Pakar Fizik Terkenal Britain, Stephen Hawking Meninggal Dunia Di Usia 76 Tahun

Saintis terkemuka Stephen Hawking meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun. Menurut laporan antarabangsa, berita kematiannya disahkan oleh ahli keluarga mendiang.

“Stephen merupakan saintis yang hebat dan luar biasa.”

Advertisement

“Malah dia seorang yang berani dan berusaha keras selain genius sehingga dijadikan sumber inspirasi seluruh dunia,” kata keluarganya dalam satu kenyataan.

“Mendiang juga pernah berkata, alam semesta kurang bermakna jika ia bukan rumah kepada orang yang kita sayang.”

“Kami akan merinduinya selama-lamanya,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, sebuah filem berjudul ‘The Theory of Everything’ lakonan Eddie Redmayne telah difilemkan.

Redmayne seterusnya berjaya meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Akademi pada 2015.

Stephen Hawking dilahirkan pada 8 Januari 1942. Beliau mempunyai dua orang saudara kandung, iaitu Philippa dan Mary.

Orang tua Hawking menetap di London Utara dan berpindah ke Oxford ketika ibu Hawking sedang mengandungkan dirinya untuk mencari tempat yang lebih selesa.

Stephen Hawking sebelum ini pernah menjalani pemeriksaan di hospital Policlinico Gemelli, di ibu negara Itali, lokasi beliau menerima rawatan kerana masalah pernafasan, lapor agensi berita Andkronos.

Saintis berusia 74 tahun itu dimasukkan ke Pusat Nemo hospital berkenaan dengan penyakit saraf.

Beliau menderita “amyotrophic lateral sclerosis (ALS)”, bentuk paling teruk penyakit saraf yang menyebabkan Hawking tidak boleh bergerak atau bercakap.

Hawking juga berkesempatan mengunjungi Rom untuk menghadiri sesi pertemuan di Akademi Sains di Vatican pada 25 hingga 29 November lalu, dan bertemu dengan Pope Francis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...