Syarikat sekuriti digital mendapati pangkalan data bagi lebih 500,000 akaun pengguna Zoom telah sama ada dijual atau diberikan secara percuma di pasaran gelap. Syarikat Cyble menemui akaun tersebut, kebanyakannya dijual dengan harga kurang dari satu sen untuk setiap akaun.
Manakala ada juga akaun yang diberikan di dalam jumlah yang banyak secara percuma di forum penggodam sehingga orang ramai dapat menggunakannya untuk “Zoombombing”. Cybel turut menasihatkan pengguna untuk sentiasa menukar kata laluan bagi mengelakkan akaun digodam.
Cyble dapat membeli kira-kira 530,000 akaun dengan harga $0,0020 setiap satu dan memperoleh alamat e-mel, kata laluan, URL perjumpaan peribadi serta kunci hos mereka (nombor pin 6 digit yang boleh digunakan oleh host perjumpaan Zoom). Kebanyakan akaun yang dijual adalah milik syarikat dan institusi melibatkan Chase, Citibank, dan beberapa universiti.
Zoom menjadi alternatif terhangat dalam kalangan pengguna untuk melakukan mesyuarat secara atas talian atau servis video conference sejak pandemik COVID-19 melanda dunia. Peningkatan jumlah pengguna Zoom dilaporkan mencecah 250 juta pada akhir Mac yang lepas.
Susulan masalah ini, syarikat gergasi seperti Google kini tidak membenarkan pekerjanya memuatnaik Zoom di peranti syarikat kerana bimbang dengan masalah kecurian data. Turut dilaporkan, beberapa pengguna iPhone dan iPad telah menjadi mangsa pencerobohan data menerusi Zoom.
Artikel berkaitan: Pekerja Google Tidak Dibenarkan Menggunakan Aplikasi Zoom Di Sebarang Peranti Syarikat