Pakar Dedah Diet Atkins Punca Penyakit Buah Pinggang

Kehidupan

Pakar Dedah Diet Atkins Punca Penyakit Buah Pinggang

Adakah anda semua tahu apa itu diet atkins?

Diet atkins adalah seseorang yang tidak makan makanan tinggi karbohidrat, dan akan digantikan dengan makanan tinggi protein dan lemak.

Kebiasaannya orang yang obses untuk kurus mengikut diet atkins akan mengambil banyak protein tetapi tidak mengambil langsung atau hanya ambil sangat sikit karbohidrat dalam pola pemakanan seharian mereka.

Advertisement

Apa-apa sahaja diet yang membuang satu kumpulan makanan adalah tidak seimbang, tidak sihat dan berbahaya.

Ini juga telah dikongsikan oleh seorang pakar pemakanan Jazeera Julaili secara jelas jenis-jenis diet dan kesan sampingannya.

Diet atkins penyebab penyakit buang pinggang

Beliau menyarankan agar semua orang tidak mengamalkan diet atkins, kerana banyak orang menghidap penyakit buang pinggang disebabkan diet jenis ini.

Jelasnya lagi, buah pinggang akan terjejas berikutan terpaksa bekerja lebih kuat untuk menapis protein dan lemak yang dihasilkan.

Air di dalam badan tidak cukup untuk menampung ‘kerja keras’ buah pinggang. Akhirnya, terhasillah ketone bodies dan paras asid uric pun meningkat.

Jenis-jenis diet yang selalu diamalkan

Diet Atkins

atkins diet

Menurutnya, diet atkins adalah terapi diet perubatan. Ianya sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami epilepsy.

atkins diet

Diet ini tidak sesuai diamalkan oleh orang biasa. Pada peringkat awal, karbohidrat akan dikurangkan sehingga memaksa badan menggunakan lemak untuk menghasilkan tenaga.

Oleh itu, diet jenis ini boleh mengundang risiko kanser usus dan penyakit buah pinggang. Malahan, bagi pesakit epilepsi sendiri, mereka akan diberikan suplemen untuk mengelakkan risiko osteoporosis.

Diet Ketogenic

diet ketogenic

Diet ini tidak banyak perbezaan dengan diet atkins. Tujuan diet ini juda masih sama tetapi untuk kanak-kanak bawah usia 2 tahun yang menghidap epilepsy.

Keto Diet

Untuk mereka yang mengamalkan diet ini, ia juga juga tidak sesuai diamalkan kerana pengambilan lemak yang tinggi dan kurang kalori boleh menggalakan penghasilan ketosis.

Karbohidrat yang rendah di dalam badan akan memaksa pembakaran lemak untuk menyelamatkan keadaan.

Diet Intermittent Fasting

IF

Bagi anda yang mengamalkan diet ini ataupun berpuasa, tiada lagi kajian terperinci dilakukan untuk menentukan diet ini memberi kesan sampingan kepada badan manusia ataupun tidak.

diet IF

Kita semua tahu penurunan berat badan secara mendadak pastinya mempunyai kesan sampingan yang tidak diketahui.

Beliau menasihatkan agar orang ramai untuk menggunakan kaedah suku-suku separuh. Kerana sukatan ini seimbang untuk diamalkan oleh semua yang merangkumi karbohidrat, protein dan serat di dalam satu pinggan.

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...