Jika dilihat kepada jumlah pesakit yang telah didiagnosis dengan Covid-19 di serata dunia, pakar telah berpendapat wabak tersebut berkemungkinan mempunyai kesan yang sama seperti SARS. Menurut Prof. Madya Hsu Li Yang, ketua program penyakit berjangkit School of Public Health, National University of Singapore beliau berpendapat virus ini akan berada di sini sehingga penghujung tahun.
Baca: KKM Gesa Peserta Tabligh Di Masjid Sri Petaling Lalui Pemeriksaan COVID-19, Tapi Ada Yang Degil
Pakar menjangkakan wabak ini akan berakhir pada April atau Mei menemui jalan buntu apabila jumlah kes yang disahkan global Covid-19 telah meningkat sehingga 100,000 dengan jumlah kematian hampir 4,000.
Prof Hsu ialah salah satu daripada empat ahli panel berpengalaman yang bercakap kepada wartawan kesihatan senior Straits Times, Salma Khalik dalam perbincangan selama satu jam, yang disiarkan secara langsung di saluran media sosial akhbar.
Tiga lagi ahli panel ialah Prof. Madya Kenneth Mak, pengarah perkhidmatan perubatan di Kementerian Kesihatan (KKM); Prof. Leo Yee Sin, pengarah eksekutif Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan dan Prof. Tikki Pangestu, seorang profesor lawatan di Sekolah Dasar Lee Kuan Yew dan bekas pengarah dasar penyelidikan dan kerjasama Kementerian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Prof. Pangestu telah menggariskan tiga senario yang mungkin dihadapi dunia dengan meramalkan satu lagi negara akan mengalami wabak, termasuk kes yang teruk, dan ia akan terus menjadi isu yang memberi cemas kepada seluruh dunia.
Namun, saintis China telah memberi perkhabaran gembira bahawa vaksin Coronavirus akan siap disediakan pada April ini. Vaksin ini akan digunakan untuk kecemasan dan percubaan klinikal. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Baca: Saintis China Dedahkan Vaksin Coronavirus Akan Siap Sepenuhnya Bulan April Ini