Pakar Bedah Terlampau Warga Malaysia Dihantar Pulang

Trending

Pakar Bedah Terlampau Warga Malaysia Dihantar Pulang

sureh

Dr Suresh Nair, telah dihantar pulang ke Malaysia selepas dipenjara pada tahun 2011 kerana membunuh pelacur berusia 22 tahun, Domingues Zaupa, yang mengambil kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah pakar bedah itu di Sydney pada tahun 2009. Dr Suresh juga mengaku bersalah membekalkan kokain, yang menyebabkan kematian pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya kurang setahun selepas itu.

Advertisement

Mahkamah turut dimaklumkan McIntyre mati di bilik tidur sementara Dr Suresh melanggan beberapa lagi pelacur pada waktu marathon seks dan dadah itu.

Dr Suresh juga bertanggungjawab di bawah semua pertuduhannya selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai.

Menurut laporan the Daily Telegraph, Menteri Imigresen Australia Scott Morrison telah mengarahkan penghantaran pulang Dr Suresh ke Malaysia dan dia sudah pun meninggalkan Australia pada Selasa.

Dr Suresh sudah menetap di Australia sejak kecil tetapi tidak pernah diberi kerakyatan negara itu.

Kes Dr Suresh pertama kali dilaporkan pada tahun 2004 ketika disahkan positif dadah di Hospital Nepean. Dia dipenjarakan selama lima tahun dan tiga bulan pada 2011 tetapi dikurangkan selepas membuat rayuan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...