Pakar Bedah Terkejut Apabila Mendapati 263 Keping Duit Syiling Di Dalam Perut Lelaki

Trending

Pakar Bedah Terkejut Apabila Mendapati 263 Keping Duit Syiling Di Dalam Perut Lelaki

Maksud Khan telah dikejarkan ke Hospital Sanjay Gandhi untuk menjalani pembedahan setelah melaporkan yang dia mengalami sakit perut yang melampau. Priyank Sharma, doktor yang mengetuai pembedahan tersebut berasa amat terkejut apabila mendapati duit syiling, paku dan nut-bolt di dalam perut lelaki tersebut.

Advertisement

Sharma menyatakan kepada pihak media bahawa ini adalah kali pertama beliau melihat kes sedemikian setelah sekian lama menjadi doktor.

Keluarga Khan merasakan beliau mula menjadikan tabiat makan objek-objek besi ini selepas lelaki itu mula mengalami kemurungan. Namun beliau tidak pernah memberitahu kepada keluarganya mengenai tabiatnya yang luar biasa itu.

Menurut Sharma, kemungkinan besar duit syiling itu adalah duit yang diterima dari pelanggan memandangkan Khan adalah seorang pemandu teksi. Selama 3 bulan Khan telah mengadu kesakitan perut sebelum dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

Namun nasib lelaki ini baik kerana dilaporkan organ dalamannya tidak mengalami kecederaan yang teruk meskipun terdapat paku yang mencucuk perut.

Setelah kejadian ini, Khan memberitahu pihak media yang beliau sudah serik dan akan meninggalkan tabiatnya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...